Resdung adalah sejenis penyakit yang dipanggil sinus di dalam bidang perubatan moden.Secara tradisional resdung dapat dirawat menggunakan gabungan herba-herba yang terpilih seperti zafran,madu lebah ,lime,air zam-zam ,minyak habbatus sauda dan doa.
Herba tersebut akan dimasukkan kedalam lubang hindung dan disedut setelah beberapa ketika kesemua lendir resdung tersebut akan keluar serta-merta.Kaedah ini juga dipanggil "gurah resdung".
Hakikatnya semua orang memiliki resdung atau sinus buktinya apabila seseorang itu demam maka keluarlah selsema.Perbezaannya adalah apabila kadar sinus telah berlebihan jadilah selsema sepajang masa dan inilah yang dipanggil resdung.
Tanda-tanda Resdung
1.Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.
2.Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.
3.Bersin diwaktu pagi dan bila terkena habuk.
Kesan-kesan Resdung
1.Hilang deria bau
2.Pelupa/daya mengingat lemah
3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat
Kaedah Mengeluarkan Resdung
1.Pesakit baring di atas katil dengan mendongakkan kepala.
2.Herba resdung dimasukkan dalam picagari sebanyak 1.5 ml.
3.Membuat urutan pada muka,hidung, dahi dan telinga serta bacaan doa kepada pesakit.
4.Herba resdung dimasukkan pada kedua belah lubang hidung dan bertahan sekira 15 saat.
5.Pesakit bangun dan duduk sambil menundukkan kepala dengan menadah lendiran resdung dengan bekas plastik.(Sila lihat rajah di bawah)
0 comments:
Post a Comment