Doa & Adab Sebelum, Selepas Tidur

Posted by si zhal



Didalam hadis-hadis ada banyak yang diperkatakan mengenai mimpi semasa tidur. Abu Hurayrah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa mimpi ini ada tiga jenis iaitu :-
  • Datangnya dari Allah SWT
  • Mainan syaitan
  • Permainan perasaan kita

Ujian Mengesan JIN dalam Badan & Simptom Awal gangguan JIN

Posted by si zhal

ikuti 3 langkah di bawah :-

  • Tekan butang PLAY pada MP3 RUQYAH SYARIAH dibawah nie dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.
  • Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
  • Perhatikan setelah selesai..jika anda batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.

___Allahualam___

Bila Manusia Hilang AKAL : Ape Jadi Ekk ! ! ?

Posted by si zhal



Manusia..ade akal untuk berfikir,ada hati untuk menyayangi/mengasihani/Dll. dan cukup sifat!! Tapi sekarang aku tengok manusia ni dah bertuka ke spesis lain..or dengan kata lain "BINATANG"..nape manusia dah bertukar menjadi binatang?? sebab ini la tanda-tanda akhir zaman wahai sahabat handai ku..Di mana manusia akan membuat Kejahatan, Kezaliman, Kekejaman yang berleluasa di atas Muka Bumi Allah ini tanpa berfikir panjang.

Kelebihan Kaum "WANITA" Berbanding Kaum "LELAKI"

Posted by si zhal

Semoga bermanfaat, betapa Allah meletakkan 'nilai' yang terlalu MAHAL terhadap penciptaan seorang wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Bagaimana wudhu' "ZAHIR" dan "BATIN" ???

Posted by si zhal

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Tiupan Sangkakala (Surah Al Mu'minuun)

Posted by si zhal

Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya. Maksudnya: pada hari kiamat itu, manusia tidak dapat tolong menolong walaupun dalam kalangan sekeluarga. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Maksudnya: orang-orang mu'min yang beramal soleh.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

6 Pertanyaan "IMAM AL GHAZALI"

Posted by si zhal

Imam Al Ghazali dikenal sebagai ulama besar. Di akhir hidupnya beliau lebih menekankan tasawuf. Karya besar beliau berjudul Ihya Ullumudin. Sedangkan karya yang lain adalah 'Tahafut Al-Falasifah' kerancuan berpikir ahlu filsafat. Buku ini menjadikannya polemik dengan Ibnu Rusdy (setelah Al-Ghazali meninggal).
 
Imam Al Ghazali mempunyai 6 pertanyaan penting:

RAHSIA NOMBOR 11

Posted by si zhal

Perkara ni rasanya dah ramai yang tahu cz dah agak lama. Tapi xpe, sekadar berkongsi dan mengingatkan kembali apa yang menimpa umat Islam kini.

Rahsia disebalik nombor 11

Keutamaan Membaca Al-Quran

Posted by si zhal

( Petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).


1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
 
# Dalam sembahyang – 100 kebajikan  
# Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan 
# Tanpa wudhuk – 10 kebajikan

Mimpi Rasullullah S.A.W

Posted by si zhal

Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabda..
 
Maksudnya:-

1- Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin. Aku telah melihat dari umatku didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya..maka malaikat itu terhalang disebabkan ketaatan kepada kedua ibubapanya.

2- Aku melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat wudhuknya

3- Aku melihat seorang daripada umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya kepada Allah

4- Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi solatnya telah melepaskan dari seksaan itu

5- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya memberi minum hingga ia terasa puas

Sebesar Zarah...

Posted by si zhal

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Tangisannya di Padang "MASYAR"

Posted by si zhal


“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Selamat Meyambut Maal Hijrah 1430

Posted by si zhal

Assalamualaikum pembuka kata kepada rakan2 perjuangan ku. Di sini ingin ku ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah khas buat kaum muslimin dan muslimat yang diredhai oleh-NYA.

Sahabat2 ku, marilah kita beramai-ramai berhijrah dan menjalani hidup di dalam tahun 1429 kepada tahun 1430, tanamkan azam yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya, dari yang jahat kepada yang baik, dari kurang beriman kepada lebih beriman, dari kehidupan yang kotor kepada yang lebih bersih dan suci, dari anak yang derhaka kepada anak yang solehah, dari yang sangat malas kepada yang sangat rajin dan sebagainya. 

Perihal si-NERAKA!!

Posted by si zhal

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

12 barisan di akhirat

Posted by si zhal

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allas S.W.T”
Ertinya:
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
(Surah al-Naba’)
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab, “ Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut: